Stand Alone Page

Monday 27 February 2012

ALL HAIL THE DICTATOR!! - Comic Fiesta Doujin Project

Wassup peeps.

Ya, aku juga seorang penulis di Mangaka Community. Ape kau dengki? Pergi jahanam.

Seperti yang kita semua maklum, semalam adalah hari terakhir untuk ahli-ahli Mangaka Community menghantar lukisan mereka untuk event ALL HAIL THE DICTATOR ini. Seperti yang telah dijanjikan, maka berikut adalah antara lukisan-lukisan yang aku rasa best dan layak untuk dipaparkan di blog ini. 

Hadiah dalam bentuk tunai? Aku bayar guna duit monopoli. Tamak haloba masing-masing. Puii


P/s : Aku tak susun ikut ranking sebab aku malas. Aku diktator jadi kalau aku malas pun bukan korang leh wat pape.

Ingat takde diktator pompuan ke? Rasakan kuasa, penampar wanita~!
Kabur? Jangan salahkan aku. Salahkan pelukis tak bagi HD. Wakaka

Tengah cincang pedobear katanya. Takziah boss, kau pergi jua
Kau ingat kau hensem la posing camtu? Palat

Ni je diktator zaman Chivalry. Yang lain sume dah reti guna senapang. Dia dok ngan pedang. Asal kau bahagia...
Serabut kepala diktator

Diktator mana pakai warna cerah. Tak masyukkk

Monyok je muka? Menopause ke brader?

Patutlah hilang sabit tokwan aku. Dia ni rembat

Aku tak puas hati. Apsal kau lagi cool dari aku? Aku delete la gambar ni kang

Yang tengah hensem. Yang lain cuma watak sampingan. Kehkeh

Kitorang dulu selalu main guli sama-sama kan Hitler kan??

Demm bodyeh. Jom dating. Abang belanje makan Dunkin Donut. kehkeh

Ye, semuanya talented belaka. Pening kepala aku nak decide sape yang patut difeaturekan di sini. Yang tak tersenarai, bukan aku tak suka. Korang just a little bit unlucky je sebab aku malas nak post panjang-panjang. Wakakaka takde la. Korang usaha lebih lagi okeh? 


Jadi tamatlah sudah event pertama group kita ini. Aku boleh katakan agak berjaya gak la event ni. Congratz to everyone who help to make this event successful. You guys are awesome.


Oh satu lagi sebelum aku lupa. Ada perancangan jangka panjang untuk group ni. Kitorang ingat nak jual doujin dan buka booth di Comic Fiesta tahun ni. Ada cadangan? Silakan komen di group FB kami atau komen je kat post ni. Kalau bernas kami akan pertimbangkan. Juga kalau ada komik nak difeaturekan atau diriak-riakkan juga dialu-alukan untuk dihantar kepada kami. 



Group FB kami :  https://www.facebook.com/groups/243183069099426/



Itu je. Pedosagi signing out peeps.

Sunday 19 February 2012

First Group Event

Event pertama Mangaka Community siakk!! Excited tak? Excited tak?? 

Event pertama Mangaka Community ialah "ALL HAIL THE DICTATOR"

Seperti yang anda sedia maklum, kami tidak mengamalkan demokrasi seperti yang diuar-uarkan oleh usop wilcha. Sebaliknya kami mengamalkan sistem Dictatorship Terpimpin di mana kami memiliki beberapa orang dictator sedia berkhidmat tanpa mengira masa kecuali cuti. Sape yang bangang nak kerja hari cuti ye dok?

Bagi event pertama ini, setiap ahli group dibenarkan untuk menyertainya. Mereka yang menyertai event ini haruslah melukis watak OC mereka di dalam costume seorang DICTATOR. Para peserta mempunyai temph seminggu untuk memperagakan lukisan terbaik mereka di dalam FB page Mangaka Community dan pemenang akan di-feature di dalam blog Mangaka Community. 

Para peserta dibenarkan menghantar lebih dari 1 lukisan (mungkin karekter berbeza, costume berbeza atau pose yang berbeza) asalkan lukisan itu dihantar dalam tempoh seminggu event berjalan.

So apa tunggu lagi? Lukis sampai lebam! Peragakan lukisan terbaik dan may the best dictator win!!


Page event ALL HAIL DICTATOR: https://www.facebook.com/events/332445403465505/

WE RAWK BETCH!!

FB page berkembang pesat - event pertama bakal menyusul

Logo Mangaka Community FB Group. Ada ciri2 diktator gitu. Abam suka

Abam gembira sebab group kita semakin pesat berkembang. Pertambahan ahli bermakna abam perlu menyerap beberapa ahli sebagai admin bertauliah Mangaka Community. Abam baru tarik 2 ahli sebagai admin dan mungkin beberapa lagi orang akan abam tarik menjadi sebahagian daripada barisan dictator Mangaka Community

Sempena pembukaan rasmi Mangaka Community di FB abam cadang nak buat satu event. Competition comic one page. Tapi abam masih lom dapat tema lagi. Nanti abam akan notify korang mengenai menda ni. Be ready je bila abam notify.

Hadiah? Ye la abam tau korang memang jenis tamak haloba punya worang. Hadiah mungkin feature dalam blog, atau mungkin dalam bentuk video. Kalau kita ada dana lebih abam mungkin akan bagi hadiah dalam bentuk material cam DVD kepada pemenang ke ape ke. Tapi itu tengok dulu. Depends.

Jujur abam cakap, banyak abam tengah nak rancang. Tapi perlukan cooperation dari setiap ahli kalau nak event ni berjaya. Jadi abam harap ahli group ni akan bantu abam dalam hal ni. 

Abam dalam fasa merekrut lebih ramai ahli. Ya, cita cita abam besar. Abam nak group ini besar, supaya lebih ramai artis Malaysia dapat pendedahan. Kalau korang ada kawan2 yang rasanya leh dibawak join group ni, abam dengan senang hati akan approve. Kami ni namanya je dictator, tapi hati ada taman. Jangan risau

Majulah seni untuk negara. YEAH!

Friday 17 February 2012

FB Group Page dah up siakk!!

Macam yang pernah aku hebahkan di blog ni, kami sedang dalam proses untuk mereka sebuah group page seni di FB. Good news, FB page Mangaka Community sudah mula beroperasi hari ni. Leh carik kitorang di sini :


Korang dialu-alukan untuk join group ni. Group seni ni sama je objektifnya dengan blog ni iaitu menyediakan pentas buat korang untuk mempamer bakat yang terpendam. 

Satu lagi, event di FB page tu akan berkaitan dengan blog ni. Lukisan yang terpamer di FB page tu akan diupload ke sini dari semasa ke semasa. Kalau ada event di group page tu macam competition or something, kami akan uar-uarkan di sini dahulu. Pemenang juga akan dinotify di blog ini dulu. Lukisan pemenang jugak akan disiarkan di blog ni. Jadi blog Mangaka Community dan FB pagenya berkait rapat

Abam harap korang akan bergembira post lukisan dan berkongsi tips dengan artis-artis amatur dalam group tu. Satu je abam pesan, beradab sikit dalam group tu. Kalau tak, abam akan swing banhammer abam okeh?

Mengikut perintah

Mengikut perintah pemerintah di blog satu lagi, abam akan kendalikan satu blog berasingan untuk feature lukisan para pelukis amatur yang mahukan karya mereka disiarkan secara FREEEEE~~

Jadi kepada attention whores pelukis amatur di luar sana yang ingin lukisan anda disiarkan silalah hantar ke e-mel abam di:

abang.anime@gmail.com

Itulah agenda sebenar diorang sebenarnya. Sebab takmoh emel diorang crowded so diorang paksa abam gunakan emel abam untuk buat blog ni. Dafuq??

Pepehal, silakanlah antar art kepada kami kalau rajin. Kami juga sedang up FB page untuk Mangaka Community jadi kalau antar di page itu juga abam akan siarkan di sini.

Penghantaran komik akan melalui format yang berbeza. Komik abam akan KRITIK. Jadi yang rasa komik korang best dan layak silakan antar ke sini. Tapi abam terus terang tau. Jangan korang lak emo nanti. Abam piap budak-budak emo ni kang baru korang tau

Jadi tunggu ape lagi? Meh la antar art korang kepada abam.